Puteri UMNO Besut daftar ahli baharu teramai

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2015/12/103570/puteri-umno-besut-daftar-ahli-baharu-teramai
Disember 9, 2015 @ 5:02pm

PENERIMA Hadiah Penambahan Keahlian Tertinggi pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Ghazali Kori


KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Besut, Terengganu, hari ini menerima Hadiah Penambahan Keahlian Tertinggi apabila berjaya menambah 671 anggota bagi tempoh Januari hingga November lalu.

Sementara itu, Puteri Bahagian Baling, Kedah pula memenangi tempat kedua dengan penambahan 429 anggota, manakala Kinabatangan di Sabah, ketiga dengan 369.

Hadiah disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada wakil ketiga-tiga bahagian itu sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2015 di sini.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Fahariayah Md Nordin dalam ucapan alu-aluannya sebelum perhimpunan bermula, berkata Sabah merupakan negeri yang berjaya menambah anggota baharu sepanjang tahun ini dengan 2,674 orang, diikuti Kedah (2,414) dan Terengganu (2,407).

Perhimpunan Agung Puteri UMNO dirasmikan ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dan dihadiri oleh 977 anggota. - BERNAMA

Berita ini telah dihantar oleh :

Username : admin
Nama : Admin Ahli VIP
No Hp : 011000000
Email : admin@umnobahagianbesut.com