Program dan Aktiviti DUN KUALA BESUT

BIL AKTIVITI
1 1 Ramadhan 1443 Hijrah

Menyantuni peniaga dan pengunjung di pasar Kuala Besut . Semoga kito beroleh keberkatan dari Allah SWT dlm bulan penuh barakoh tahun ini.
InshaAllah

 
2 1 Ramadhan 1443 Hijrah "JOM PAKAT BANTU"
Tatkala kita menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan, ada sahabat kita diuji dgn kebakaran menimpa kediaman beliau.
Semoga saudara Rizal sekeluarga tabah dgn ujian besar ini serta tinggal sehelai sepinggang ..InshaAllah
Kampung Gong Manok

  
3 4 Apr 2022

Salam takziah kpd keluarga arwah Pok Aziz dan arwah mokcik Fatimah Awang Senik (Mok Nawi Lak Soh) di Kg Lay Out Tok Has .
Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT.

 
 
4 5 Apr 2022 / 3 Ramadhan 1443.

YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Pengerusi Felda / Ahli Parlimen Besut bersama YBM Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman, ADUN Kuala Besut menziarahi keluarga Saudara Muhammad Rizal Helmie, mangsa kebakaran rumah di Kg Gong Manok, Kuala Besut.

  
5 6 Apr 2022 / 4 Ramadhan 1443

Alhamdulillah....
Zon Pelancongan dikekalkan di Kuala Besut dalam Cadangan Penggantian Pewartaan Rancangan Tempatan Daerah Besut 2035 setelah beberapa siri / sessi bantahan yg disuarakan penduduk Kuala Besut termasuklah dari ADUN Kuala Besut sendiri, YBM Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman.

  
6 6 April 2022 / 5 Ramadhan 1443

YBM Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman menziarahi kematian mantan Imam Tua Kg Beris Pak Abu Allahyarham Haji Mat Li sebaik selesai solat sunat tarawih di Masjid Kg Air Terjun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

  
7 9 April 2022 / 7 Ramadhan 1443.

Program Agihan Bubur Lambuk anjuran KRT Gertak Seratus, Kuala Besut kepada masyarakat setempat.

  
 
8 9 April 2022 / 7 Ramadhan 1443.

YBM Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman, ADUN Kuala Besut turut hadir di Majlis Berbuka Puasa dan solat tarawih di Masjid Kg Pengkalan Sentol.

  
 
9 10 April 2022 / 8 Ramadhan 1443

YBM Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman bersama JK Pergerakan Puteri UMNO DUN Kuala Besut dalam Program Ziarah Ramadhan di beberapa buah Kampung dalam DUN Kuala Besut.

  
 
10 10 April 2022 / 8 Ramadhan 1443

YBM Tengku Zaihan bersama Abe Zul, Pengerusi PDM Air Terjun menyantuni beberapa orang yang keuzuran di Kg Air Terjun dalam Program Ziarah Ramadhan.